Ciri 1 & 2

CIRI 1
Bersih, jujur dan amanah

Pekerja yang bersih, jujur dan amanah mempunyai hati yang ikhlas, niat yang baik dan jiwa yang murni. Setiap perbuatan, keputusan dan tindakannya dilaksanakan dengan ikhlas, adil dan saksama. Pekerja yang bersih, jujur dan amanah sentiasa mentaati undang-undang dan boleh diberi kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan sesuatu tugas atau kewajipan itu.

Manakala pekerja yang tidak jujur, dengki, khianat, zalim dan tamak haloba akan melakukan berbagai bentuk penyelewengan, mengutamakan kepentingan peribadi, selalu merungut, sentiasa menyalahkan orang lain dan mengamalkan pilih kasih.


:: FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WATA`ALA ::

***
 Sesungguhnya berjayalah orang yang - satelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal salih). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyu`)
(Al-A`la : 14-15)


*** 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfal : 27)

***
Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
(Asy-Syuara : 183)   



::^ HADIS RASULULLAH SALLALLAHU `ALAIHI WASALLAM ^::
***
Sesiapa yang melantik seseorang untuk sesuatu tugas berdasarkan kasih sayang atau hubungan karabat maka ianya telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang Islam
(Riwayat Ibn Taimiyyah)
***
Sesungguhnya Allah tidak menerima sesuatu amalan itu melainkan ia dilakukan dengan ikhlas (jujur) semata-mata kerana-Nya sahaja.
(Riwayat An-Nasai)




::^ TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA  SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ^:: 

{[[[]]]}
Dalam tempoh satu tahun yang lalu kita dapat menyaksikan berbagai perkembangan di negara ini antaranya termasuklah usaha-usaha mengemaskinikan lagi penyusunan kementerian-kementerian yang mana kesemua ini adalah dihasratkan bagi menuju ke arah pentadbiran yang cekap, berkesan, bersih lagi amanah.
Istiadat Menghadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-41, di Lapau, Bandar Seri Begawan, pada 15 Julai 1987)



~** AMALAN-AMALAN YANG TERPUJI **~

  • Adil, saksama dan tidak pilih kasih
  • Berhati ikhlas, berniat mulia dan berjiwa murni
  • Boleh diharap dan dipercayai
  • Sentiasa menunaikan amanah yang diberikan
  • Sentiasa menjaga kepentingan harta benda awam
  • Membelanjakan harta benda awam menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan
  • Tidak mengamalkan rasuah dan penyelewengan
  • Menghayati ajaran ``tangan kiri tidak mengetahui akan tangan kanan yang memberi``.



**((~ LARANGAN-LARANGAN YANG MESTI DIJAUHI ~))**


  • Pilih kasih
  • Memperalatkan orang lain untuk kepentingan sendiri
  • Berpuak-puak dan mementingkan sanak saudara dan sahabat handai dalam sesuatu tindakan atau pemilihan
  • Melakukan rasuah rasuah, penipuan dan penyelewengan dalam pekerjaan
  • Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan bagi kepentingan peribadi, sanak saudara dan sahabat handai
  • Membuat urusan persendirian dalam waktu bekerja
  • Melakukan urusan peribadi dengan berselindung disebalik kerja-kerja rasmi
  • Suka bermuka-muka atau mengampu untuk mendapatkan ganjaran

 .....((( tamat ))).....

[ Sila nantikan posting ciri 2 ]